7:34:00 PTG
SAS PLASTIC INDUSTRIES SDN BHD sebelum ini dikenali sebagai II-TOMODACHI PLASTIC SDN BHD adalah 100% Bumiputera telah ditubuhkan pada 5 April 1990. Operasi perniagaanya bermula pada 5 Mac 1991. Penubuhan syarikat ini telah diusahakan oleh dua orang Ali Lembaga Pengarah dengan modal berbayar sebanyak RM 500,000.00.
Sejak penubuhan SAS PLASTIC ini, setiap ahli Lembaga Pengarah adalah bersama-sama bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan setiap perancangan dan operasi perniagaan syarikat berjalan dengan lancar selaras dengan perancangan yang ditetapkan. SAS PLASTIC terlibat dalam perniagaan mengeluarkan barangan plastik dan komponen komponen berasaskan plastik. Buat masa ini syarikat tertumpu kepada pengeluaran Set Alat Torehan seperti Mangkuk Getah ( pelbagai saiz ),Dawai Hanger,Dawai Spring,Complete Set dan Sudu.
SAS PLASTIC menjalankan operasi perniagaannya yang terletak di kawasan perindustrian ringan yang beralamat di 206-C, Jalan Kuarantin Lama, Kampung Boyan, 34000 Taiping Perak. Ianya terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran Taiping dan mempunyai kemudahan asas yang lengkap dan strategik kerana berdekatan dengan Bandar Taiping.
Kami adalah Syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Usahawan, Vendor Felda Holdings Sdn Bhd serta mendapat pengiktirafan sebagai pengilang Bumiputera.
ANTARA MESIN YANG DIGUNAKAN UNTUK PENGELUARAN MANGKUK GETAH


Comments (0)
Catat Ulasan